Sunday 24 November 2013 | 01:02 | 0 comments

KOTAK HATI


Cuba kau capai kotak itu
yang duduk di sisi pintu hatiku.

Bukalah.

Baru kau tahu
apa itu remuk hati
luluh jantung
sesak jiwa
dan segala rasa yang wujud
dalam duniaku.

Tiada baitku untukmu lagi
cukuplah sampai di sini.

Noktah.
| 00:55 | 0 comments
AKAL

Bila dipandang tersipu malu,
bukan tanda tidak tahu,
tapi berbunyi dalam hati;

Aku mahu kamu.
| 00:54 | 0 comments
SIAL

Mengiakan kesialan yang berada di hadapan mata bererti kau juga mahu Menjadi yang disialkan.
Friday 11 October 2013 | 16:02 | 0 comments
SEMUA BARU

Harini,12/10/2013 bangun dengan tenang dan menunaikan solat.Selepas je nion solat,then terus tengok Blog ni.hihi.All new colour!i was like"WOOOOOOOOW".haha.

Semalam 11/10/2013 temankan ibu pergi selesaikan hal.lepas je dri pejabat tu,nion pon cakap"ibu nak kasut futsal boleh?" ibu"laa haritukan baru beli jam,ni nak kasut pula" me"takpe ni untuk gaji 4 bulan kat rumah" ibu"kau buat ape je kat rumah?" me"Eh kita jadi safeguard,kunci pagar,buang sampah.hahaha cehh" ibu"aah, okay yelah."

Dan semalam juga,nion dapat kasut futsal"Nike Gato 5".haha

1.Swatch NewGent

2.Nike Gato 5

3.New blogskin(papoy)
| 15:54 | 0 comments
RAYA HAJI COMING SOON

Hari raya dah nak dekat,nion tak tahu nak cerita apa, hihi.apa yang penting PMR dah tamat.Peperangan untuk SPM pula.Cantik tak blog nion? haha.kan kan? 

Ni papoy yang tolong buatkan,haha nion yang paksa.kahkahkah.Bulan ni ,bulan tweetjack twitter orang, haha.alaaa nak cerita apa ye? hmm.

By the way, thanks you very much to you!
Friday 27 September 2013 | 17:43 | 0 comments
AYAHKU YANG HEBAT



Ayah memang seorang fotografer yang hebat :) -my sister and my brother-
| 17:40 | 0 comments
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!