Tuesday, 6 August 2013 | 03:35 | 0 comments



"Kau Mana Ada Perasaan"

Betapa sakit hatinya bila ada orang kata"kau takde perasaan" bagai.Aku tak nak balas dengan perasaan marah sebab,aku nak jaga hati orang lain juga.Aku tak suka juga cakap main lepas ni,bukan kau sahaja yang cakap macamtu,ramai lagi.


Aku tahu kau marah dekat aku sebab aku tulis pasal ni en?kau tak puas hati en?kau sakit hati en?.Bukan kau sorang je yang sakit hati, bukan kau sorang je yang sedih, bukan kau sorang je yang benci, aku pon ada perasaan,aku ada perasaan dan aku bukan binatang.Binatang pon ada perasaan untuk menyayangi anak dia.


Kau nak tahu? Aku masih sabar dengan apa yang orang cakap macam tu kat aku.Selamanya aku pendam,sampai menjadi dendam yang paling aku tak benci.Aku maafkan,walaupun aku sakit hati,sedih kau tahu.Kau tak pernah rasa, sebab kau tak pernah nak kesah pasal hati orang lain. :)


Aku sengaja cover balik apa yang kau cakap tu,dekat sini lah aku nak luahkan.Nak luahkan kat keluarga?Aku yang kena balik. Aku tak kisah kalau kau nak marah kat aku.Tapi satu je aku nak,jangan cuba nak melangkah masuk ke dalam dendam yang dalam ni. 


Aku maafkan kau,tapi kau kena ingat,cakap biar berpada-2.Yang buruk datang daripada aku sendiri,yang baik tu datangnya daripada ALLAH SWT.