Friday, 27 September 2013 | 17:29 | 0 comments
U J I A N

Peperiksaan bukan bebanan.
Ia arena menguji kefahaman.

Jika berjaya, kita bersyukur.
Jika sebaliknya, kita akur.

Kita cemerlang kerana usaha.
Kita kecundang kerana mempersia.

Saat menjawab segala soalan.
Hati tak henti berzikir harapan.

Jadilah pelajar bijak bestari.
Bakal khalifah pejuang sejati.